Mengenai Saya

Foto saya
saya tetap diri saya.... saya tidak akan berubah menjadi sesiapa pun melainkan hanya diri saya... kuasa semua di tangan Allah...

sejernih lautan

sejernih lautan
tenang kehidupan setenang air di lautan

31/03/11

terima kasih sahabat

Ahmad   :  assalamualaikum Hani...
Hani       :  waalaikummussalam, eh! engkau ahmad, lama tidak bertemu mata dengan kau. Kemana engkau telah menghilang sebelum ni?
Ahmad   :  aku tidak kemana pun. aku masih di sini menanti jawapan dari kau. aku dah lama tunggu ni. aku dah letih tau tak. bila kau mahu beri?
Hani     :  erm... satu hari nanti... tapi jawapan apa? aku tak  faham apa yang kau inginkan dari aku.
Ahmad   : kenapa kau masih bertanya soalan yang kau sudah tahu jawapannya.
Hani    : minta maaf, aku benar-benar tidak faham.
Ahmad   : Baiklah, aku inginkan jawapan untuk 'selamat malam'.
Hani    : Selamat malam? apa kena pulak dengan tu? kau nak aku ucap selamat malam pada kau la ni ya? kenapa itu pun nak rahsia... hahaha
Ahmad   : pandang mata aku... aku bercakap dalam nada serius ni... apa yang cuba aku cari adalah suatu perkataan yang jawapannya sudah ada pada diri kau... aku langsung tidak berjenaka.
Hani    : kenapa kau begitu serius ni? aku amat tidak mengerti apa yang kau cuba sampaikan...
Ahmad   : Baiklah, kau lihat kita pada masa sekarang, aku bukan lagi diriku yang kau kenal dulu, aku sudah banyak berubah... aku berubah bukan menjadi binatang, tetapi menjadi seseorang... mungkin kau tidak sedar bahawa setiap kali aku berjalan... satu perkara yang aku pasti ialah pertemuan... dengan apa?siapa?... itu aku tidak boleh beri jawapan...
Hani    : Takkan kau cuba nak katakan 3 perkataan tu pada aku tapi kau tak mampu untuk ucapkan?
Ahmad   : Antara aku dan kau, kita langsung tiada perkaitan dengan 3 perkataan tu, ada kawan aku yang lain tanya aku... "adakah kau menganggap dia lebih dari seorang kawan? jika tidak, kenapa persoalan itu mengganggi fikiran kau?"... aku tergamam dan tak mampu beri jawapan... Oh! itu soalan yang paling rumit pernah aku jumpa lebih rumit dari menjawab soalan add math.
Hani    : Kalau begitu, aku beri jawapan... aku ni hanya sahabat kau (dalam nada berpura-pura)... selagi mana aku dan kau tidak timbul perasaan tu, selagi tu kita adalah kawan yang tidak berapa rapat.. tapi mesra bila kita bertemu.
Ahmad   : Fitnah yang tersebar tu yang buat aku gusar, bagaimana satu perkara yang tidak benar boleh tersebar jauh? aku tak dapat terima lagi, mungkin sampai satu tahap aku terpaksa memilih kau... jika masa itu tiba, apakah jawapan yang akan kau beri?
Hani    : Oh! mak aku telefon tadi, maaflah ya aku kena pergi... gembira dapat berbual dengan kau (masih acuh tak acuh)..
(Ahmad, kenapa sesuatu yang aku tak bersedia untuk jawab kau telah kemukakan soalan tu, aku mengaku aku amat sayangkan kau, tapi disebabkan kau seakan menganggap aku hanya berjenaka, banyak perkara yang kau tak amik pusing, aku ingin untuk kata 'ya' apabila masa tu tiba... tetapi bukan sekarang, kau mengecewakan aku... tapi selagi kau menjadi diri kau, aku tetap akan menyayangi kau sebagai seorang sahabat...
     Ahmad hanya tergamam dengan sikap yang ditunjukkan oleh Hani, dia berdiri di tempat tu, amat lama dan terus fikiran dia menerawang memikirkan apa yang telah dia ucapkan... kemudian dia melutut atas tanah dan menjerit dengan kuat...
Ahmad   : Arghhh!!!
            Ahmad terduduk sambil menangis memikirkan apa yang telah diucapkan, sementara itu, Hani sudah merah padam mukanya... dan dia katakan dalam hatinya
Hani    : Aku mimpi ke? jejaka yang aku puja hampir melafazkan sesuatu yang di luar jangkaan aku... tapi kenapalah aku buat muka seperti tadi...aish... melepas... dia stress pulak... ini semua salah aku... aku mesti minta maaf...
     Petang itu, suatu pergaduhan telah terjadi di kantin... apabila Hani pergi melihatnya, dia tergamam melihat Ahmad hampir pengsan dipukul dengan kayu, ditendang dan ditumbuk... lebih tragis, darah pekat mengalir dari tangan ahmad dan semestinya memberi warna kepada bajunya yang berwarna putih. Tetapi Hani tergamam bila terdengar..
Ahmad  : Aku rapat dengan Hani bukan sebab harta ata siapa diri dia... ya.. memang dia miskin... macam aku, tapi aku sayang pada dia... itu jadi masalah buat kamu semua ker?

bersambung....

tentang malam

malam merupakan suatu keadaan di mana langit begitu gelap... matahari bertukar bulan... adakalanya purnama, sabit atau ??.... takpe... pada malam hari semua org yang beriman akan banyakkan masa bermunjat kepada Yang Maha Esa... ya... malam jua kita kena banyak rehat... rehat yang cukup mampu beri kecergasan jangka panjang...insyaallah... ada mitos mengatakan setiap malam, ada seekor naga akan keluar dari tempat bersembunyi... mereka yang melihat naga ini tidak akan dapat lihat dunia lebih dari 1 hari... tapi jika naga ini dibunuh atau diperapakan... pasti satu bencana akan menimpa..... takpe.... malam adalah masa untuk pejuang yang sebenar...